Heyhoo! Hari nihh perasaan wa kurang enak lagi. Apa tak nya, seharian tak dapat dengar suara GF wa. Wa harap dia sihat-sihat sahaja. Tiap masa wa doakan yang terbaik untuk dia. Tambahan pula sekarang nihh dia tengah exam. Lagi lah berbakul-bakul wa doakan untuk dia. Hmm.. Tengah-tengah wa dalam keadaan gangguan emosi nihh, wa layan koleksi romance drama-drama Jepun wa. Wa tahu semua itu hanyalah rekaan semata-mata. Tapi wa nak tanya sikit. Lu orang tak ada fantasi ker? Tak nak hidup bahagia? Kenapa wa tanya? Sebab wa mempunyai fantasi seperti itu. Fantasi mencintai dan dicintai dengan tanpa sebarang anasir-anasir yang mengganggu. Sentiasa berhubung antara satu sama lain tak kira masa dan tempat. Perlahan-lahan waktu berputar ketika bersama. Memahami antara satu sama lain. Apa pun dugaan, dua-dua tabah mengharungi walaupun ditimpa macam-macam malapetaka tapi masih cekal hanya untuk bersama. Kalau nak dibezakan dengan kehidupan realiti, memang jauh berbeza. Tapi cuba kita pikir balik. Semua itu kita yang buat. Nih semua pasal hidup kita dan teman kita. Fantasi tadi bukanlah sesuatu yang mustahil. Apa yang penting hati masing-masing. Jika dua-dua saling mencintai, tak kira jauh macam mana pun mereka tetap bersama. Jika kejujuran tonggak tiang hubungannya, mereka akan bersama sehingga hujung hayat mereka. Tetapi, jika ada pembohongan diantara mereka, hubungan itu perlahan-lahan goyah. Jika tiada lagi cinta antara mereka, selamat tinggal pada hubungan. Jika lu orang semua sayangkan hubungan lu orang, jujurlahh. Buat apa menipu menambahkan dosa sahaja. Cintai lah si dia dengan sepenuhnya. Kerana apabila kita kehilangan, baru kita tahu akan kepentingannya. Sentiasa bersama dengan mereka. Hargai si dia. Bertolak ansur antara lu orang dan jangan ikutkan kemarahan. Sesungguhnya api kemarahan itu adalah baraan syaitan. Jangan lupa, kita hanya mampu merancang. Tuhan tentukan segala-galanya. Mohonlah pada Yang Maha Esa akan permudahkan segala rancangan-rancangan kita. Amin.
Mayday Parade - Kids In Love
No comments:
Post a Comment